LOGO
DISKRIPSI LOGO
BULATAN BESAR BIRU - Mewakili pihak pentadbiran yang sentiasa melindungi, menjaga kebajikan dan memperjuangkan hak - hak serta kepentingan penduduk Kampung disamping sentiasa mengutamakan keamanan dan perpaduan dalam mendukung wawasan Negara.
LAMBANG MASJID – Agama Islam sebagai Agama rasmi dan mengutamakan kesucian Islam. Istitusi Masjid dan surau adalah pemangkin pembangunan sosial masyarakat kampung.
RANGKAIAN 3 GELANG MERAH : Keakraban serta amalan budaya bermuafakat dan bersatu dalam mencapai kata sepakat.
BULATAN KECIL WARNA HIJAU - Kampung Kangkar sentiasa mementingkan kehijauan dan keindahan alam sekitar disamping penglibatan yang agak banyak dalam bidang pertanian dan IKS.
PENA EMAS : Membawa maksud ilmu pengetahuan sebagai aset utama kehidupan.
MOTTO
'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'
Slogan MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT sangat tepat bagi menggambarkan sikap dan amalam muafakat dikalangan penduduk Kampung Kangkar Chaah. Slogan ini juga melambangkan masyarakat kampung yang sentiasa bekerjasama dalam apa - apa jua pekerjaan yang dilakukan mereka baik dari segi kenduri kahwin, perayaan, majlis tahlil apatah lagi jika ada penduduk yang jatuh sakit mahupun meninggal dunia. Slogan ini di wujudkan agar setiap penduduk kampung tahu bahawa hanya dengan bermuafakat dalam membuat sesuatu pekerjaan jualah yang akan membuahkan hasil yang lumayan. Kemuafakatan juga menggambarkan betapa eratnya hidup berjiran dan bermasyarakat bagi penduduk kampung Kangkar Chaah Segamat Johor. Kehadiran tetamu yang hadir ke kampung, tidak kira mereka datang berkumpulan atau individu akan disambut dengan hati yang terbuka dan ikhlas seperti kata pepatah 'Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.