TOP

Logo Dan Motto Kampung

LOGO
DISKRIPSI  LOGO

BULATAN BESAR BIRU  - Mewakili pihak pentadbiran yang sentiasa melindungi, menjaga kebajikan  dan memperjuangkan hak - hak serta kepentingan penduduk Kampung  disamping sentiasa mengutamakan keamanan dan perpaduan dalam mendukung wawasan Negara.

LAMBANG MASJID – Agama Islam sebagai Agama rasmi dan mengutamakan kesucian Islam. Istitusi Masjid dan surau adalah pemangkin pembangunan sosial  masyarakat kampung.

RANGKAIAN 3 GELANG MERAH :  Keakraban serta amalan budaya bermuafakat dan bersatu dalam mencapai kata sepakat.

BULATAN KECIL WARNA  HIJAU  -  Kampung Kangkar sentiasa mementingkan kehijauan dan keindahan  alam sekitar disamping  penglibatan yang agak banyak dalam bidang pertanian dan IKS.

PENA EMAS : Membawa maksud ilmu pengetahuan sebagai aset utama kehidupan.




MOTTO


'MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'

Slogan MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT sangat tepat bagi menggambarkan sikap dan amalam muafakat dikalangan penduduk Kampung Kangkar Chaah. Slogan ini juga  melambangkan masyarakat kampung yang sentiasa bekerjasama dalam apa - apa jua pekerjaan yang dilakukan mereka baik dari segi kenduri kahwin, perayaan, majlis tahlil apatah lagi jika ada penduduk yang jatuh sakit mahupun meninggal dunia. Slogan ini di wujudkan agar setiap penduduk kampung tahu bahawa hanya dengan bermuafakat dalam membuat sesuatu pekerjaan jualah yang akan membuahkan hasil yang lumayan. Kemuafakatan juga menggambarkan betapa eratnya hidup berjiran dan bermasyarakat bagi penduduk kampung  Kangkar  Chaah Segamat Johor. Kehadiran  tetamu yang hadir ke kampung, tidak kira mereka datang berkumpulan atau individu akan disambut  dengan hati yang terbuka dan ikhlas  seperti kata pepatah 'Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...