TOP

1 Malaysia, 1 Kebudayaan dan Perpaduan

Pada 1 Oktober 2011, Kampung Kangkar telah menjadi tuan rumah bagi Program 1 Malaysia, 1 Kebudayaan dan Perpaduan. Program ini anjuran Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Labis dengan kerjasama Wanita UMNO Perlimen Labis dan UMNO Cawangan Kg. Kangkar. Program ini telah berlangsung dari 8.30 pagi sehingga 1 petang bertempat di Dataran Sakinah Kg. Kangkar. 

Pertandingan pakaian beragam
Barisan peserta pakaian beragam

Program ini melibatkan semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat pelbagai acara telah berlangsung. Antaranya ialah sukaneka, pertandingan memasak, pertandingan pakaian beragam sempena kemerdekaan, pertandingan gubahan, pertandingan karaoke dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Kehadiran seluruh penduduk Chaah dan Labis telah memeriahkan lagi program ini...


Pertandingan memasak
Penyampaian hadiah

Gubahan bunga
Pertandingan mewarna kanak-kanak




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...