TOP

Hari Penilaian Anugerah Desa Cemerlang 2011 (27 Okt 2011)

Pada 27 Oktober 2011 (Khamis), penilaian untuk Anugerah Desa Cemerlang telah berlangsung di Dataran Sakinah Kampung Kangkar. Para pengadil dan para tetamu telah hadir untuk menilai sendiri dan mengadili pertandingan ini. Penduduk-penduduk kampung telah menghadirkan diri untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana kampung. Para tetamu dan pengadil di sambut oleh pemuda-pemudi kampung dengan menaiki motosikal.




Kemudian, mereka diarak dengan paluan kompang dan sekumpulan penunggang basikal. Para pengadil dan para tetamu diarak sehingga ke dataran Sakinah.





Para pengadil dan tetamu dipersembahkan oleh persembahan silat dan kuda kepang.





Para pengadil dan para tetamu di sambut baik oleh penduduk Kampung Kangkar. Kami bersepakat menjalankan persiapan untuk hari ini...

"Muafakat Membawa Berkat"

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...