TOP

Lokasi Kampung Kangkar



Kampung Kangkar terletak di antara Taman Chaah Baru dengan Taman Damai Jaya. Ianya berdekatan dengan stesen minyak Shell Chaah. Ia juga terletak berhampiran dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali Chaah. Di hadapan Kampung Kangkar terdapat rumah guru dan nursery (kedai bunga).
TOP

Sejarah Surau

       Surau Kampung Kangkar mula didirikan apabila bermulanya penempatan penduduk di Kampung Kangkar. Tapak asal surau adalah seperti yang ada sekarang dan telah diubahsuai mengikut perkembangan semasa.
       Asalnya, surau yang didirikan ini dibiayai daripada hasil derma dan gotong royong sesama penduduk kampung dengan berasaskan kayu yang bertujuan sebagai tempat untuk mendirikan sembahyang dan belajar ilmu-ilmu agama seperti belajar al-Quran, muqaddam, mengadakan kuliah maghrib, kuliah subuh dan bertahlil.

Surau Kampung Kangkar telah menjalani pengubahsuaian mengikut keperluan semasa seperti berikut :

1962 : Pembinaan surau kayu sayung
1974 : Ubahsuai surau batu-20 kaki X 30 kaki persegi (Peruntukan kerajaan)
2009 : Menukarkan bumbung surau
2010 : Menaik taraf dan meluaskan Surau Kampung Kangkar
2011 : Menukar mimbar surau
TOP

Latar Belakang Surau


NAMA SURAU : SURAU KG. KANGKAR CHAAH
MUKIM : CHAAH
DAERAH : SEGAMAT
PARLIMEN : LABIS
DUN : BEKOK
KELUASAN SURAU : 44 X 20 KAKI PERSEGI
KEMUDAHAN SURAU :
a) DEWAN SOLAT LELAKI
b) DEWAN SOLAT PEREMPUAN
c) BILIK IMAM
d) BILIK BILAL
e) TANDAS DAN TEMPAT WUDUK LELAKI & PEREMPUAN
f) RUANGAN DAPUR
g) MINI PERPUSTAKAAN
h) STOR UTILITI
i) RUANG MESYUARAT & PERBINCANGAN


TOP

Pengerusi Badan Pentadbir Surau

  • 1962-1970 : En. Kadir Bin Kemin
  • 1970-1973 : En. Abd Rahman Bin Hussin
  • 1974-1987 : En. Kadir Bin Kemin
  • 1988-1992 : En. Pejar Bin Arjo
  • 1993-1994 : En. Jaafar Bin Hj Tahir
  • 1995-1998 : En. Pejar Bin Arjo
  • 1999-2010 : En. Ngatiman Bin Samarto



TOP

Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung



  • 1962 - 2010         : En. Kadir Bin Kemin
  • 2010 - Sekarang : En. Rohmat Bin Samarto





TOP

Politik


  • UMNO CAWANGAN KG. KANGKAR
  • WANITA UMNO CAWANGAN KG. KANGKAR
  • PEMUDA UMNO CAWANGAN KG. KANGKAR
  • PUTERI UMNO CAWANGAN KG. KANGKAR



    TOP

    Surau






      TOP

      JKKK


      TOP

      Sejarah






        TOP

        Sejarah Kampung Kangkar

               Pada awal tahun 1940 an, Kampung Kangkar merupakan sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Kangko. Perkataan 'KANG' ialah nama seseorang dan 'KO' dalam bahasa cina bermaksud Abang. Di kawasan inilah wujudnya sebuah Pekan Kecil yang dikenali sebagai Pekan SAKANG atau CHA-AH. Perkataan 'SAKANG' dalam bahasa cina bermaksud Sungai Bercabang Tiga dan 'CHA-AH' pula bermaksud Tempat Cari Makan.

               Perhubungan awal penduduk adalah menggunakan jalan air. Ketika itu menghubungkan Pekan Sakang dengan Batu Pahat menggunakan tongkang dan perahu. Pengkalan atau jeti pemunggahan barangan dan sebagainya juga berada di Kampung Kangkar. Kawasan Kampung Kangkar juga menjadi kawasan pentadbiran asal yang mana wujudnya tapak balai polis, sekolah, pasar dan sebagainya.

               Penduduk-penduduk Kampung Kangkar pada asalnya terdiri daripada masyarakat yang berketurunan Cina, Mendeleng dan Jawa. Kegiatan ekonomi adalah dalam bidang pertanian. Penanaman padi yang subur dikawasan kampung menyebabkan kampung ini di panggil dengan nama Kampung sawah.

               Pembinaan jalan raya menghubungkan Johor Bahru ke Utara menyebabkan Kampung Kangkar terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kampung Kangkar 1 dan Kampung Kangkar 2.

               Ketika Zaman Darurat, semua penduduk kampung dan pentadbiran Chaah dipindahkan ke kawasan baru yang lebih selamat dan terkawal iaitu di kedudukan Pekan Chaah ketika ini.

               Pada tahun 1960 an, selepas tamatnya Zaman Darurat, penduduk telah kembali ke kawasan kampung dengan menjadikan kampung ini sebagai kawasan penanaman padi dan kawasan pertanian. Penduduk memasarkan hasil pertanian secara sendiri.

               Kampung Kangkar telah menerima kemudahan bekalan air dan elektrik sepenuhnya pada tahun 1984. Kampung ini juga menerima kemudahan jalan bertar, telefon, surau, balai raya, gelanggang badminton, dataran, dan sistem perparitan terurus.
        TOP

        Latar Belakang Kampung


        NAMA KAMPUNG : KAMPUNG KANGKAR
        MUKIM : CHAAH
        DAERAH : SEGAMAT
        PARLIMEN : LABIS
        DUN : BEKOK
        KELUASAN : 27 EKAR
        JUMLAH PENDUDUK : 550 ORANG
        JUMLAH RUMAH : 62 BUAH RUMAH
        KETURUNAN : MELAYU
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...