TOP

Sejarah Kampung Kangkar

       Pada awal tahun 1940 an, Kampung Kangkar merupakan sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Kampung Kangko. Perkataan 'KANG' ialah nama seseorang dan 'KO' dalam bahasa cina bermaksud Abang. Di kawasan inilah wujudnya sebuah Pekan Kecil yang dikenali sebagai Pekan SAKANG atau CHA-AH. Perkataan 'SAKANG' dalam bahasa cina bermaksud Sungai Bercabang Tiga dan 'CHA-AH' pula bermaksud Tempat Cari Makan.

       Perhubungan awal penduduk adalah menggunakan jalan air. Ketika itu menghubungkan Pekan Sakang dengan Batu Pahat menggunakan tongkang dan perahu. Pengkalan atau jeti pemunggahan barangan dan sebagainya juga berada di Kampung Kangkar. Kawasan Kampung Kangkar juga menjadi kawasan pentadbiran asal yang mana wujudnya tapak balai polis, sekolah, pasar dan sebagainya.

       Penduduk-penduduk Kampung Kangkar pada asalnya terdiri daripada masyarakat yang berketurunan Cina, Mendeleng dan Jawa. Kegiatan ekonomi adalah dalam bidang pertanian. Penanaman padi yang subur dikawasan kampung menyebabkan kampung ini di panggil dengan nama Kampung sawah.

       Pembinaan jalan raya menghubungkan Johor Bahru ke Utara menyebabkan Kampung Kangkar terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kampung Kangkar 1 dan Kampung Kangkar 2.

       Ketika Zaman Darurat, semua penduduk kampung dan pentadbiran Chaah dipindahkan ke kawasan baru yang lebih selamat dan terkawal iaitu di kedudukan Pekan Chaah ketika ini.

       Pada tahun 1960 an, selepas tamatnya Zaman Darurat, penduduk telah kembali ke kawasan kampung dengan menjadikan kampung ini sebagai kawasan penanaman padi dan kawasan pertanian. Penduduk memasarkan hasil pertanian secara sendiri.

       Kampung Kangkar telah menerima kemudahan bekalan air dan elektrik sepenuhnya pada tahun 1984. Kampung ini juga menerima kemudahan jalan bertar, telefon, surau, balai raya, gelanggang badminton, dataran, dan sistem perparitan terurus.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...